* Undang Undang Islam Orang Yang Memegang Ilmu Hakikat *
(Kajian Tasawuf Ilmu Mengenali Diri)
Penulis: HaaJim
A'uzubillahi minas syaitan nirrajim.
Bismillah hirrahman nirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad. Allahumma solli'ala sai'idina Muhammad. Allahumma solli'ala sai'idina wamaulana Muhammad
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
"Undang Undang Islam orang yang memegang ilmu hakikat".Itulah sebahagian kata kata dari khabar agama melalui "Suara Ilham Roh Mutmainnah" yang diturun pada tanggal 9.4.1968. Mengapakah perlu "undang undang islam orang yang memegang ilmu hakikat". Marilah kita kajikan.
Dalam kajian pada kitab besar pada bab 'sifat satu', pada tanggal 9.4.1968 tersebut di-awali dengan surah Al-Qadar.Haq wahyu di-sertakan pada khabar agama adalah untuk mengkaji apakah yang dimaksudkan al-quran yang telah di-turunkan pada malam kemuliaan itu.
Kalimat 'qadar' didalam kajian 'tasawuf ilmu mengenali diri' adalah suatu "pelaksanaan". Yang mesti dilakukan oleh jiwa itu agar dapat mengembalikan "al-quran" pada hakikatnya di-"malam kemuliaan". Justeru itu, pada kajian di-dalam bab 'sifat satu' terlebih dahulu di-wajibkan supaya mempelajari ilmu pengetahuan di-dalam sifat dua-puloh yang terbahagi kepada 'empat aliran sifat'. Iaitu; 'sifat nafsiah', 'sifat salbiah', 'sifat ma'ani', dan 'sifat maknawyah'.
Setelah dipelajari akan 'empat aliran sifat' yang terbahagi kepada empat perkara tersebut, maka dapatlah mengetahui akan 'undang undangnya sifat' ataupun 'peraturan sifat' yang ada pada 'empat aliran sifat' tersebut.Apabila sudah mengenal akan undang undang pada 'empat aliran sifat' maka, dapatlah jiwa itu melaksanakan pembersihan kepada sifat sifat yang dzahir. Terutamanya diluar kawasan sholat supaya tidak mengotori akan sifat ma'ani yang ada kenyataannya pada diri yang 'maujud'.Bukan hanya sekadar membaca baca sifat, akan tetapi mengenal apa itu 'sifat' dan memakai 'sifat' atau 'undang-undang' supaya menepati akan ilmu syariat yang membawa kepada ilmu hakikat yang mempunyai undang-undang dalam perlaksanaannya.
Tanpa pelaksanaan undang undang sifat maka, tidaklah menepati akan intisarinya yang dikatakan didalam khabar tersebut iaitu; " undang undang islam orang yang memegang ilmu hakikat". Serta tidak akan dapat 'sifat' berdiri dengan 'dzat'. Kerana sifat tidak mempunyai undang undang ketika hendak 'mendirikan agama islam'. Apakah yang di-maksudkan di-dalam khabar agama tersebut;
" Orang yang kafir dia tidak mahu mendirikan agama islam. Tidak sembahyang pun tidak apa dia bilang. Orang yang tidak mahu mendirikan agama islam. Adalah dia nabi tidak mahu mengaku".
Orang kafir tersebut adalah jiwa yang mana, sifat sifatnya menjadi ingkar. Dalam hal keingkaran tersebut, akan dampak jelas jiwa jiwa yang ingkar itu sering tidak akan menunaikan kewajibannya sebagai seorang islam. Maka dengan sebab hal demikian, khabar agama memberitahu yang sering diucapkan oleh jiwa jiwa yang ingkar tersebut adalah; " ,..tidak sembahyang pun tidak apa dia(jiwa) bilang". Jika dikajikan, dengan sendirinya jiwa jiwa yang mana ingkar tersebut telah memakai undang undangnya sendiri. Bukan undang undang Allah dan rasulNya.
Di-ikuti dengan kata kata ancaman dari khabar agama tersebut iaitu; " Orang yang tidak mahu mendirikan agama islam. Adalah dia(jiwa) nabi tidak mahu mengaku". Hal inilah yang perlu bermuhasabah pada setiap jiwa. "siapakah yang boleh mengaku diri kita ini sebagai seorang islam. Jika nabi sendiri sudah tidak mahu mengaku jiwa itu sebagai seorang islam"? Disebabkan jiwa jiwa yang ingkar tidak memahami akan ucapan dua kalimat syahadat iaitu "Asy hadu anla ilaha illa Allah. waasy hadu anna Muhammadar Rasulullah" ( Bersaksi aku tidak ada tuhan melainkan Allah dan bersaksi aku muhammad adalah pesuroh Allah)
7.5.1971: "Rukun islam lima perkara.Engkau cuma membuat satu perkara saja.Adakah engkau dapat akuan daripada agama."
Dikuatkan lagi dalam khabar agama tersebut dengan haq wahyu surah Al-Asr. Firman Allah SWT yang berbunyi;
1: Demi masa.
2: Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian.
3: Kecuali orang yang beriman dan ber'amal soleh, dan mereka saling nasehat-menasehati dengan kebenaran dan nasehat-menasehati dengan kesabaran.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarohkatuh.
Revised: 02/28/08.