Group's posts with tag: persalahkan

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
Blog Entry* Siapakah yang harus diPersalahkan *Feb 21, '08 4:59 AM
by haajim for everyone
 

* Siapakah yang harus diPersalahkan*

Penulis:HaaJim


A'uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismillah hirrahman nirrahim

Allahumma salli 'ala Muhammad. Allahumma salli'ala sai'idina Muhammad. Allahumma salli'ala sai'idina wamaulana Muhammad

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

 

Bagaimana satu satu Negara dari kuasa besar yang menjelaskan kepada masyarakat dunia bahawa merekalah yang berhak berkuasa serta mesti dituruti dengan segala peraturan dan undang undang yang dibuatnya telah membuktikan bahawa hal sedemikian tidak mengujudkan kesejahteraan hidup antara manusia. Semakin parah lagi keadaan itu apabila kekejaman,penaklukan,penindasan,kedholiman dimuatkan dalam misi misi mereka yang hanya berselindung disebalik topeng topeng hak asasi manusia, pencinta 'alam sekitar, dan sebagainya.

Apa yang sangat sangat membimbangkan adalah apabila, nama islam telah diheret bersama sama didalam menyebar luaskan keinginan hawa nafsu dan sarakah mereka. Setiap penolakkan tentang apa yang dihajatkan akan sering diluaskan dengan tindakan ketenteraan yang sering berwenang menunjuk nunjukkan taring mereka dengan alat alat cangih didalam armada ketenteraan mereka.Disusuli pula dengan berbagai bagai kaedah tekanan tekanan didalam asas asas penghasilan sebuah Negara. Yang sama sekali akan mengakibatkan kelumpuhan didalam corak peperintahan sesebuah Negara membangun dan miskin tidak dapat dibendung.

Dengan kaedah sedemikian ramai dari Negara yang sedang membangun dan Negara Negara miskin terkena perangkap samarnya.Dengan modus pertolongan bantuan yang bercorak 'pinjaman'. Kebanyakkan mengakibatkan Negara Negara yang memperoelehi 'pinjaman' tersebut menjadi sebuah Negara 'piutang yang tidak sehat'. Yang mana berkesudahan dari 'pinjaman' yang maseh belum dapat dilunaskan sebaliknya pula, semakin membengkak 'pinjaman' tersebut disebabkan oleh menurunnya penghasilan dan simpanan dalam sesebuah Negara itu. Maka dalam hal ini tidak heranlah, kebanyakkannya adalah dari Negara Negara islam.

Mahu ataupun tidak mahu akhirnya, Negara Negara yang didalam kemelut 'pinjaman' yang lebih lebih lagi berada pada kedudukkan yang disenaraikan sebagai Negara 'piutang yang tidak sehat', akan mula sedikit demi sedikit  menuruti apa apa jua bentuk saranan yang dibentangkan oleh Negara Negara kuasa besar tadi. Walaupun pada awalnya mereka sangat sangatlah menolak dengan lantang apa apa jua yang jelas nyata bukan seperti apa yang mereka inginkan. Ya inilah hakikatnya apa yang sedang berlaku dan akan terus berlaku dimuka bumi ini.

Namun didalam apa jua keadaan yang berlaku, sudah pasti corak 'penutupan' kesalahan dari Negara Negara kuasa besar tadi, akan  terus juga mereka berusaha untuk memulihkan keadaan mereka yang dianggap 'jahat'. Mereka sadar akan  perannya jika dianggap  'jahat'. Sememangnya akan menjejas kedudukkan mereka sebagai sebuah Negara yang berkuasa besar dikacamata dunia.

Lantas dalam pemulihan tersebut mereka amat gemar jika diberikan jolokkan didalam berperan beralih menjadi sebuah Negara kuasa besar yang berkedudukkan sebagai  'sahabat'. Yang mana hal tersebut akan memudahkan lagi apa apa jua tujuan dan maksud keinginan mereka.Satu satunya adalah campur tangan mereka didalam segala urusan didalam dan diluar Negara Negara  yang dibawah telunjuk mereka.

Cara islam akan diubah suaikan mengikut cita rasa mereka berfikir.Apa jua kemudahan untuk kemajuan instituisi islam akan diterapkan secara mereka berfikir. Anak anak islam akan dididik menurut fahaman fahaman mereka berfikir.Maka akan ujudlah dengan sendirinya aliran aliran pemikiran islam yang dianggap sesuai dengan perkembangan dan kebutuhan dunia sejagat.Hal hal materi kehidupan akan menjadi bahan utama yang mesti dicapai oleh setiap anak anak islam.

Dengan meminjam kata kata ' fiddunya hasanatan'  dipusatkan dahulu kepada setiap anak anak islam.Soal kedudukkan 'wafil akhirati hasanatan wakina azab bannar'  nanti nanti saja. Yang pentingnya keselamatan itu perlulah  memenuhi hal  hal  seperti perut kencang, rumah mewah, serba serbi perlu dicukupi dahulu. Jika tidak, pengertian selamat sudah tidak ada makna lagi. Malahan, didalam hal tersebut yang sering ummat ummat islam sebut sebagai 'doa sejagad', telah memberi jaminanan akan hal keselamatan yang akan diperolehi ummat ummat islam sebagaimana dijanjikan oleh Allah dan rasulNya jika ummat ummat islam benar benar memahaminya.

Telah ujud apa yang mereka idamkan.Bukanlah khayalan,dongengan,atau pun cerita karya sinetron namun, sama ada ummat islam suka ataupun tidak suka, ianya telah subur hidup didalam islam itu sendiri.Contoh akan kesuburan benih tersebut dapat disaksikan, dan didengarkan diseluroh pelusuk jagad akan suara suara yang menuntut agar agama islam dipermudahkan.

Inilah wajah wajah islam idaman Negara Negara dari kuasa besar.Apakah besok besok nanti apabila anak anak kita mengadu kepada hak asasi manusia kerana diperintahkan oleh kedua orang tuanya untuk melakukan kewajibannya sebagai seorang islam, bolehkah kedua orang tuanya dianggap bersalah kerana telah melanggar hak asasi manusia. Siapakah yang harus dipersalahkan?

 


Revised: 02/21/08.

Persahabatan 4 Negara
Join this Group!RSS FeedHelp on RSS FeedsAdd to My Yahoo
Report Abuse
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help